Sunday 25 September 2011

Sunday 17 July 2011

10 Kereta Termahal DI Dunia 2011

Hai semua..
Sebenarnya saya ada impian juga memiliki sebuah kereta import yang memiliki harga yang mahal kerana kualiti dan gayanya.. Tapi..Itu mungkin akan akan menjadi realiti jika saya berusaha lebih untuk memajukan diri saya lagi kan..?? Kata orang, sebelum datangnya REALITI hadirnya IMPIAN dahulu.. Bagi pembaca semua disini saya sediakan senarai 10 Kereta Termahal Di Dunia 2011 untuk tatapan semua & mungkin ada yang berkenan kan..?? hehehe =p
1. Bugatti Veyron $1,700,000 (RM6.5 juta)
Ini adalah kereta luar biasa dibuat oleh Bugatti Automobiles SAS, dalam kumpulan Volkswagen. Bugatti Veyron menggunakan injin W16, yang terdiri daripada 16 silinder dan 8.0 liter kapasiti. Kereta ini boleh mencapai kelajuan tertinggi 407 km/jam dan akselerasi dari 0-96 km/jam hanya dalam waktu 2.5 detik.




2. Lamborghini Reventon $1,600,000 (RM6 juta)
Lamborghini ini adalah yang paling kuat dan mahal yang pernah dibina. Hanya 3.3 saat untuk mencapai 60 mph dan mempunyai kelajuan tertinggi 211 mph. Kereta ini terhad untuk 20 buah sahaja ​​dan rekaan yang dinamik adalah alasan mengapa ia begitu mahal untuk dimiliki.





3. McLaren F1 $970,000 (RM3.7 juta)
Pada tahun 1994, McLaren F1 adalah kereta terpantas dan paling mahal. Walaupun dibina 15 tahun yang lalu, ia mempunyai top speed 240 mph yang luar biasa dan mencapai 60 mph dalam 3.2 saat. Bahkan sampai sekarang, McLaren F1 masih dalam senarai teratas dan mengungguli supercar yang lain.




4. Ferrari Enzo $670,000 (RM2.546 juta)
Supercar yang paling dikenali yang pernah dibina. Enzo mempunyai kelajuan tertinggi 217 mph dan mencapai 60 mph dalam 3.4 saat. Hanya 400 unit yang dihasilkan dan saat ini sedang dijual lebih dari $ 1,000,000 di lelong.




5. Pagani Zonda C12 F $667,321 (RM2.535 juta)
Dihasilkan oleh sebuah syarikat kecil bebas di Itali, F Pagani Zonda C12 adalah kereta terpantas ke-5 di dunia. Ia menjanjikan untuk penghantaran kelajuan tertinggi 215 mph+ dan dapat mencapai 0-60 dalam 3.5 saat.




6. SSC Ultimate Aero $654,400 (RM2.487 juta)
Jangan biarkan harga menipu anda, kereta ke-6 paling mahal sebenarnya adalah kereta yang sah terpantas di jalan dengan kelajuan tertinggi 257 mph+ dan mencapai 0-60 dalam 2.7 detik. Kos kereta ini hampir setengah Bugatti Veyron, namun mempunyai kuasa yang cukup ke atas kereta yang paling mahal dalam perbandingan kelajuan. Dianggarkan bahawa hanya 25 buah model yang sebegini pernah dihasilkan.

7. Saleen S7 Twin Turbo $555,000 (RM2.1 juta)
Pengeluaran supercar asli Amerika pertama berkelulusan serta bersijil dan berada di tempat ke-3 untuk kereta terpantas di dunia. Ia memiliki kelajuan tertinggi 248 mph + dan dapat mencapai 0-60 dalam 3.2 saat. Jika anda adalah seorang patriot Amerika sejati, anda boleh bangga untuk mempamerkan kereta ini.





8. Koenigsegg CCX $545,568 (RM2.07 juta)
Buatan Sweden, Koenigsegg sedang berjuang bersungguh-sungguh untuk menjadi kereta terpantas di dunia. Ketika ini, kereta terpantas ke-4 di dunia dengan kelajuan tertinggi 245 mph+, pembuatan kereta Koenigsegg tidak menyerah dan akan terus mencuba dan menghasilkan kereta terpantas.



9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster $ 495.000 (RM1.88 juta)
A supercar GT, SLR McLaren adalah kereta transmisi automatik terpantas di dunia dengan kelajuan tertinggi 206 mph+ dan mencapai 60 mph dalam 3.8 saat. Ini adalah peralihan mewah dengan injin yang sangat kuat, yang menghasilkan prestasi yang luar biasa dan bergaya.





10. Porsche Carrera GT $ 440,000 (RM1.67 juta)
Sebuah supercar dengan kawalan kestabilan dinamik dan kelajuan tertinggi 205 mph+ dan dapat mencapai 0-60 dalam 3.9 saat. The Porsche Carrera GT menawarkan mutu yang mutlak dari kereta lumba sebenar yang memberikan perasaan memandu di jalan yang belum pernah dirasakan sebelumnya.





Jadi.. Apa PILIHAN & IMPIAN anda..?? Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ciptaanNya ini.. Hanya yang membezakan adalah USAHA & JALAN dalam mencapainya.. Salam =p
credit star : man cheers

Wednesday 13 July 2011

Konsep Kereta VIP Style


Ketika ia bermula sekitar 13-14 tahun yang lalu, konsep ini tidak
dikenali sebagai VIP. Asalnya merupakan kereta-kereta dari kumpulan
BLACK COCKROACH di wilayah Wakayama. Mereka menjadi terkenal selepas
kereta-kereta kumpulan tersebut disiarkan dalam majalah permotoran
tempatan. Kereta-kereta BLACK COCKROACH ini, terdiri dari kereta model
Cima, Cedric. Celcion dan Crown (4C) yang agak unik dan menonjolkan
imej serta personaliti pemiliknya...........

............
Sewaktu permulaannya, kebanyakkan kereta gaya VIP ini berkait rapat
dengan kumpulan MAFIA Jepunn yang juga dikenali sebagai YAKUZA.
Dipercayai bahawa, mereka sebelum ini menggunakan kenderaan berprestasi
Eropah seperti Mercedes S-Class dan BMW M-Class. Ini menyebabkan mereka
mudah dikesan oleh pihak polis. Sebagai penyelesaian, mereka mula
beralih untuk menggunakan kenderaan pasaran domestik yang diubah suai
untuk kelihatan lebih ekslusif bagi mengelak dari mudah
dikenalpasti........

........ Kemunculan syarikat-syarikat yang
mengeluarkan perkakasan khusus untuk gaya VIP, mengembangkan lagi
konsep ini kepada umum. Junction Produce milik MR. TAKETOMI, dikenali
sebagai mendahului segmen ini dan telah berjaya mempopularkannya di
Osaka sebelum berkembang ke seluruh wilayah lain di Jepun.........

...........
Sebelum dikenali sebagai VIP, kereta jenis ini lebih merujuk kepada
nama-nama seperti, HAISO, KOWAMOTE dan OSHIDASHI. Setelah majalah Young
Auto menyediakan segmen khas dipanggil VIP CLUB yang memaparkan
modifikasi kereta-kereta seperti ini, ia mula diterima umum dan
dikenali sebagai VIP seperti yang kita fahami sekarang. Peminat-peminat
modifikasi juga telah mengembangkan lagi konsep ini. Tidak hanya
melibatkan kereta-kereta mewah yang besar, konsep ini juga telah
diadaptasikan kepada kenderaan lain seperti Minivan dan Kei-Kar. Kini,
VIP dianggap salah satu segmen khusus dalam dunia modifikasi.

DEFINISI ASAL VIP

VIP sebenarnya disebut
dalam 3 suku kata iaitu 'Vee-Eye-Pee' yang membawa maksud 'Very
Important Person'. Dalam bahasa Jepun, perkataan lain yang juga
digunakan ialah 'Bippu'. Sebenarnya, definisi asal VIP ini sangat
mudah. Kereta yang termasuk dalam kategori ini biasanya mestilah dari
jenis platform mewah keluaran domestik Jepun (JDM) dengan pacuan
belakang seperti Celsior, CIMA, Cedric, Crown dan sebagainya.
Kereta-kereta tersebut harga agak mahal dan hanya digunakan oleh
golongan berpendapatan tinggi. Kereta-kereta lain yang tidak tergolong
dalam kategori ini tidak boleh dianggap sebagai kereta VIP walaupun ia
adalah jenis sedan mewah dan besar.

BUDAYA VIP

Ketika
peminat Vip di Jepun mula mereka kereta, sandaran utama tentulah untuk
memberikan imej lebih mewah dan bergaya pada kereta-kereta mereka.
Barangan yang biasanya yang boleh dilihat pada rumah golongan kaya
digunakan untuk menghias ruang dalaman kereta. Budaya VIP ini mula
merebak melalui penganjuran acara-acara yang mengumpulkan para peminat
gaya ini, yang merupakan antara faktor penyebab ianya terus berkembang.



VIP STYLING

Populariti gaya VIP, akhirnya menjadi ikutan kepada
para pemilik kenderaan lain yang dahulunya tidak digolongkan sebagai
kenderaan dari platform VIP. Penerimaan umum terhadap gaya ini telah
menyebabkan pemilik kenderaan kelas lain seperti K-Kar, MPV, Sport dan
model-model import yang lain turut mengadaptasi gaya tersebut pada
kenderaan mereka. Disinilah bermulanya apa yang kita kenali sebagai
"VIP STYLE".


credit star : man cheers :)

Wednesday 6 July 2011

supaya kereta lebih berkuasa kuda :))

majoriti dari kita menggunakan kereta berkuasa kuda kecil, dalam 1.6 je. tapi dah jadi tabiat buruk kita, even pakai kancil 660, tapi nak henjut sampai 120. pecah la enjin tu nanti.


jangan bimbang, kini dah ada teknologi yang menggabungkan teknologi moden dengan teknologi dahulu kala untuk menambahkan kelajuan kereta anda. dah la kuasa kudanya makin laju, kos minyaknya lebih murah.





hebat bukan?


kalau nak laju, start enjin dan bawak laju. kuda kat depan tu confirm akan lagi laju berlari takut kena langgar. jadi kelajuan enjin dan tarikan kuasa kuda menjadikan kereta anda setahap laju supersonic. kalau minyak takde, pakai je kuasa kuda kat depan. senang je, kalau kuda tu lapar singgah je tepi jalan bagi makan rumput.


selamat mencuba.

Monday 4 July 2011